Selasa, 14 Februari 2012

Ingin Memiliki "Sahabat"!!! bukan "Kawan"

Assalamualaikum

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak  senang denganku
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu
Kerana
"PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI"


Sahabat yang soleh
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran

Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata
Setuju apa yang kau bicara

Ketahuilah aku benar-benar menyanggi diru mu.aku tak nak lihat kawan-kawan aku jauh dari aku.dan tersasar jauh..



Aku juga hanyalah manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan,tp adakah susah bagi mu untuk memaafkan aku. Kau juga banyak kali membuat hati aku terluka,tp aku sedia memaafkan mu.kerana Kau adalah sahabat aku..tolonglah mengerti!!!


tidak sangka ko jenis macam tu!!

Ketahuilah bahawa,
"Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri"

Terima Kasih kpd mereka yg sudi berkawan dgn aku!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan