Rabu, 18 Disember 2013

Bila Jiwa Mancing Menusuk Kalbu Hidup Ku!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalammualaikum!!!

Gewang2 ngummm

Apakah faktor-faktor yang membuatkan aku boleh terjebak dalam kancah pemancingan ini? Begini kisahnya... Aku seorang yang tidak minat dengan memancing nie,, walaupun dibesarkan dengan keluarga yg minat memancing. Bila masuk jew universiti belajar dalam bidang "Perikanan" hidup nie penuh dengan banyangan Ikan-ikan. dan rakan baik aku sendiri minat gila dalam memancing nie.

Tanggal 12/12/13, aku ditemani rakan baik ku membeli rod & mesin utk memancing, (Terima Kasih Sahabat :- "Faez n Naim"). dan bermulalah hidup baru ku.tidak dilupakan rakan ku sorang nie "Piee",, ble mg nk bli rod?? heheh.



Hari 1st merasmikan "Joran & Mesin" baru.
lokasi:- Universiti Malaysia Terengganu


Setiap hari kalau free aku dan mereka akan ke mana-mana tempat untuk praktis memancing. Selama 3 hari aku pergi memancing namun gagal mendapatkan hasil pancingan. Barangkali joran tersebut masih belum serasi dengan aku. :)

Aku akui masih kurang ilmu dalam bidang memancing ini. Namun, aku berharap suatu hari nanti akan ada 'magic' berlaku nanti. Hehe... Good Luck kepada diri aku sendiri dan rakan-rakan baik ku.

Hari berikutnya, Baru nak belajar!!!
Lokasi :- Setiu (T'ganu)

Harap korang dapat memberi tunjuk ajar kepada aku yg baru jew nak menjinak-jinakan diri ini dalam bidang ini.. Segala kekurangan dan kesilapan harap boleh berbincang.

Semoga Kita Berjaya!!!


That All. :)

Rindu-rindukanlah Diriku

Assalamualaikum.

Entry kali nie, pasal "R.I.N.D.U".. Rindu pada semua..


Ku Benar-Benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari
Harapan Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria...
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku
Ku Adalah Milikmu
Sayangku Adalah
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu
Di Dalam Nafasmu
Sepanjang Hari-harimu..

Isnin, 4 November 2013

Konvo! Konvo! & Konvo! :)

Assalammualikum!!!

Sebut pasal Konvo sudah tentu mahasiswa/mahasiswi akan seronok. Mahu tidak seronok, setelah bertahun-tahun berhempas pulas dengan kuliah, test paper, kerja kursus individu, kerja berkumpulan, presentation, kuiz, tutorial, tesis dan segala macam lagi, akhirnya pada hari konvokesven telah mengiktiraf mereka yang benar-benar layak untuk bergelar Lepasan PHD, Master, Ijazah Sarjana Muda, dan Diploma. 


Alhamdulilah,Akhirnya dapat Menamatkan Pengajian Diploma Sains Perikanan dengan Jayanya di Universiti Malaysia Terengganu!!!


Apapun.. aku doakan agar lepasan universiti dan yang baru konvo akan terus dapat kerja. Jangan bazirkan usia muda kita dengan begitu sahaja setelah ibu bapa kita telah menghabiskan banyak wang ringgit untuk menanggung pengajian kita.Kerjalah apa-apa pun dahulu asalkan rezeki yang dapat tu halal daripada terus menganggur.

#Doakan Saya dalam Pengajian Sarjana Muda Sains Gunaan (Periakanan) sekarang ini. (2013-2016)

Sekian. Salam Maal Hijrah!!!

Khamis, 26 September 2013

Apa "PERIKANAN" lagi!!!

Assalammualakum!!

tAK jaWAb bERdoasa,Klau JawaB sYG lerr Terr :)

Firstly nak wishhh,, SELAMAT MENJADI BLOGGER semula...hehe.. sudah lama tak update blog ambe nie.. Rindu rasanye..

Tahun 2013 banyak sangat dugaan dan yg Penting REZEKI paling BERnilai pd tahun ini dapat ADIK KEMBAR. seronok sangat2.. n utk masa depan Dapat sambung study...

TAHNIAH!! kepada semua kawan2 yg dapat meneruskan Pengajian ke Peringkat Sarjana Muda.

Finally, Alhamdulilah.. sekarang ambe sudah menjadi STUDENT semula, after berbulan-bulan tinggal berlajar.. Dulu ambe ambil "DIPLOMA PERIKANAN" Now "SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PERIKANAN).. bERSyukur  kepada Allah..

Mesti tertanya-tanyakan kat mana pusat pengajian budak nie kn.. hehe.. taukan Diploma dulu ambe belajar di Universiti Malaysia Terengganu.. sekarang upgrade sikit masuk U, Universiti Malaysia Terengganu jugak.. ambe Syg UMT!!! 

"TEROKAAN SELUAS LAUTAN"

Sekian.

Rabu, 20 Februari 2013

Meniti Suratan Kehidupan

Hari ini 20/2/2013 bersamaan Hari Selasa, admin MUHAMMAD AMIRUL BIN RAZAK, UK24204, PELAJAR DIPLOMA SAINS PERIKANAN di UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. Telah menamatkan pengajian dalam bidang tersebut selama 3 Tahun. So admin akan menjadi salah sorang "Pentanam Anggur" (maksudnya menganggur ler) hehe. Alhamdulilah dan bersyukur sangat-sangat kepada Allah sepanjang belajar di sini bermacam-macam dugaan suka,duka, bersama serta dapat mematangkan diri sendiri. dan akhirnya berjaya juga menamatkan belajar. Alhamdulilah.


Kini bertemu dan berpisah sudah menjadi lumrah hidup dan sebati dalam hidup admin ini. 

Dalam meniti titian kehidupan ini ,
kita perlukan semangat untuk terus melangkah,
Kita perlukan sesuatu untuk menyokong kita,
membisikkan kata semangat,
menemani tika kesedihan,
memberi senyuman tika bahagia,
memimpin tika kegelapan,
Tapi ingatlah tidak ada yang kekal disisi kita
melainkan DIA Yang Satu,
Dalam menyusur setiap arus yang mengalir
usahlah kita berharap hadirnya sesuatu
yang setia untuk memberi apa yang kita perlu,
Bila terasa diri kita lemah dan semangat kita mula hilang,
Pandanglah wajah kita sendiri
kerana ia lebih mengenali
siapa diri kita yang sebenar.

 

Kepada semua kawan,teman,saen,sahabat sekalian, admin ucapkan "TAHNIAH" kepada semua Pelajar DIPLOMA PERIKANAN.  dan Terima Kasih juga kepada semua yang selama ini turut membantu admin sama ada secara langsung or tidak langsung, dan kawan-kawan yang lain berjaya sampai ke tahap ni.

Akhir kata Kita jumpelah lagi ea. huhu. 
Assalammualikum.

Sekian.

"LOVE U ALL"

Rabu, 13 Februari 2013

SURATAN TAKDIR PERPISAHAN


ASSALAMMUALIKUM

mula2 pasang lagu dlu kt atas tu.. bru ada feel nk baca :). Klik kt Lebah 2 ea.. dh dapat baru buley baca.. Selamat Membaca!!!


Persatuan Nelayan Kawasan Rompin…


Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan, mungkin itu berpisah kerana kurang sesuainya, atau berpisah kerana memang sudah takdirnya. perih dan sakit merasuk kejiwa namun ketika hati bijak menerima segala kenyataan yang ada pasti semuanya ok jew.

Tetaplah yakin bahwa apa yang terjadi itulah yang terbaik, jadi jangan pernah berasa sedih kalau berpisah. kerana Allah akan memberikan yang terbaik untukmu. apa yang baik menurut kita belum tentu baik di mata Allah begitu juga sebaliknya.

Rintangan masa depan harus kamu hadapi, Nun di sana kejayaan menanti”

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Tidak usah disesali. Berapa ratus, mungkin ribu atau bahkan jutaan orang yang sejak kita lahir di dunia ini, sekarang mereka tidak ada lagi dalam kehidupan kita. Entah terpisah jarak, atau bahkan kematian.
Salam Perpisahan untuk Semua Pegawai & Kakitangan Persatuan :-

En, Abdul Manaf, En, Zulkifli, En, Che Wan Ghazali, En, Norhisyam, Puan Siti Halimah, Puan Surati, Puan Raja Zainon, Puan Rosnani, Puan Khalijah, En, Ab. Razak, Puan Mas Idayu, En, Ezwan, En, Asrah, Puan Shurayya, En, Samsul, En, Norizan, En, Norazland, En, Hanafi, En, Alif, Puan Aisyah, En. Zolkifli, Puan Sahana, En, Hafidz, Puan Zuraida & Puan Romi Idayu


 Ya Allah, Ya Rahman…kuatkanlah aku, kuatkanlah aku, kuatkanlah aku sesungguhnya aku tidak kuat ya Allah atas pemergian ini. Namun aku tidak sanggup berada di sisinya, aku gembira berada di sisinya tetapi aku sedih atas ‘layanannya’, bertambahlah sedihku untuk meninggalkannya. Semoga Kau akan kurniakan aku sesuatu yang lebih baik..hanya pada-Mu aku berserah, hanya pada-Mu aku memohon pertolongan, sesungguhnya Kaulah zat yang paling menghargai apa yang aku lakukan untuk-Mu ya Allah..:’(
























 TQ atas Hadiah nie.. Termasuk Jambu sekali. :)

Kalau ada sumur diladang,
Buley saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsaAllah pasti kita akan berjumpa lagi.

Sekian,

Muhammad Amirul & Faez
Universiti Malaysia Terengganu
Diploma Perikanan..

Khamis, 17 Januari 2013

Segala Pujian Untuk Allah S.W.T

ASSALAMUALAIKUM w.b.t



SEGALA PUJIAN UNTUK ALLAH S.W.T. SERU SEKELIAN ALAM, HANYA DIA YANG BERHAK MENERIMA PUJIAN DAN SANJUNGAN TERTINGGI.TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH S.W.T. DENGAN KEAGONGAN DAN KEBESARANNYA SERTA HIKMAH DARI ASMANYA DAN SEGALA PUJIAN SERTA SALAWAT DAN SALAM BAGI JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. MOHON KEHADRAT MU YA ALLAH AGAR DI LIMPAHKAN KURNIA, RAHMATMU PADA PARA PARA SAHABAT, AULIA, SOLIHIN SERTA PARA SYUHADA DAN MEREKA YANG MENERUSKAN WARISAN JIHAD ISLAM DI BUMI INI. 

Sebagai muslim yang hendak mencari ridho Allah pujian yang berasal dari mulut orang lain tidak dapat dibandingkan dengan sebagian kecil ridho yang diberikan Allah atas keikhlasan kita kepada-Nya. Sikapilah pujian tersebut dengan bersyukur kepada Allah, jangan merasa berbesar hati atas pujian yang bersifat sementara tersebut. Sadarlah akan nikmatnya yang begitu besar yang belum sempat engkau syukuri sedikitpun dibandingkan diri kita selalu berpikir tentang pujian apa yang akan diberikan orang lain kepada kita. Mengkoreksi diri akan jauh lebih baik daripada mengharapkan pujian orang lain.

SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEREDHAAN DARI ALLAH S.W.T

SEKIAN.
Amirul @ Achik.