Selasa, 25 Oktober 2011

AKU & MASA!!!


Assalamulaikum dan Salam Sejahtera!!!

Ermm,tak tahulah apa yang akan terjadi pada masa akan datang kalau diri sendiri pun tak boleh berubah sekarang nie,ermm,macam mana erk,aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya aku di beri petunjuk dan perubahan dalam diri ini,tapi setiap kali aku membuat perubahan pada diri ini,ada sahaja mulut2 longkang,adoh!! Sekarang aku sudah melangkah kealam dewasa segala keputusan harus aku lakukan sendiri tanpa meminta bantuan orang disekeliling aku..

 masa tidak tunggu kita!!!

Dibawah sinaran rembulan malam yang dingin,aku duduk dan termenung sendirian…mengira bintang-bintang dilangit dan mendengar lagu hindustan..hehehe..(tak terkira pun banyak sangat lh bintang tu)..:) aku terfikir, dimanakah layaknya aku,adakah di padang kemarahan,kesabaran dan keimanan.?? Yang akhirnya membuatkan aku tersisih dari tepian… yang mana tanpa memikulnya pun boleh membuatkan aku rebah..tak rela aku terus macam ni,aku melalui liku masa hidup yang setia menyepi, menyesakkan dadaku setiap kali terjaga dari tidur.melenyapkan mimpiku apabila aku tertidur(rugi tak dapat mimpi) hehehe..

 1 bintang,2 bintang,3 bintang dan seterusnya!!!

Setiap kali aku melihat dunia,aku masih disini bersama masa hidup yang sepi,hari-hari tetap silih berganti tidak menunggu aku ,sedangkan aku masih terseksa disini…ku menulis di blog aku sendiri,agar mereka dapat merasai dan memahami keresahan dijiwa ini… hasilnya,caci dan hina yang kuterima ,yup, mereka tidak faham akan hati dan perasaan aku, kerana aku sendirian bersama waktu….hehehe.sekian dari hatiku milik mu..hahahha..
hanya Allah sahaja yang tahu segala isi hati ku!!!

Kalau nak komen2 pon boleh,,type n komen lh kt bwh 2..



Selasa, 18 Oktober 2011

Apa nak jadi dah!!!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Hohoho,pe khbr smua,bukan hohoholicks yer.hehehe. makin lme holiday makin bosan ar..rse cm nk bljr jew.tp ble bljr rse cm nk cti jew.hehe.ni lh budk2 zaman skrg x brsyukur lngsung.heheh.

Erm,kli ni nk story kisah haiwan ternakan aku nie (kambing),bru jew smggu d’lhirkan mak ye pulk mati,cri bapk x jmpe2..apa jnis bapk tau,tau puas jew, pas 2 tinggl cri brtina yg brgetah..hahahah..ngrot2… skrg ni ank ye fmly aku yg jaga,bri mnum susu botol,mndi n so on.hahah,best juga jga binatang nie..heheh. mak aq bg nme “Putih” cuz ye putih bersih..hahah.seriously.
 Masa untuk minum susu!!! yahooo!!

 wah3..sdpnya....nak cuba kew??

 tngk 2,rakus btol saya minum..hahahah..smpi b'buih..

nme saya "Putih"

Skrg nie cti sem 1 buln,asl ptg jew g ladang sawit, tp bljr kt U abik Sains Perikanan xde kaitan langsung.hahah..biasalh mint ngan ladang2 nie,tp dpt twrn Sains Perikanan..skrg bljr Sains Perikanan dh mint sngt2,ladang2 nie dh xbrape mint sngt..hahah.serious.

K ar xde bnde dh..heheh..

As-salam..see u "love u"

Isnin, 10 Oktober 2011

Manusia ni memang macam ni kew??

Assalammulaikum semua,,apa khabar,hope semuanya sihat yer..heheh..Alhamdulilah baru lepas Final Exem nie,kepala otak masih lagi lambat (loding...),bayangkan seminggu exem..syukur banyak-banyak kerana dapat tempuh semesta tiga nie dengan jayanya..so kepada kawan-kawan dan juga para pembaca semua kita jumpa lagi pada semesta baru.heheh..dah nak masuk semesta 4 dah..heheh..tinggal 2 sem jew lagi..tak sabarnya nak abis Diploma nie..(baru mukadimah jew 2)opsss telebih pula..

Kali nie nak bagi tahu pasal manusia nie,,kenapa,mengapa,manusia nie suka sangat bersangka buruk terhadap orang lain,salah kew apa yang dia buat tu,cubalah kita bersangka baik,tak salah kalau kita bersangka baik sesama manusia.hehhe..
Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada sangkaan baik danAda sangkaan buruk…

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

macam nie ke fikiran kita..harap korang dan aku sendiri fikirlah baik-baik..kita nie kena fikir,kalau satu masa nanti kita pulak yang kena macam tu,apa perasaan kita..
tujuan tulis nie untuk renungan kita bersama..

**Marilah kita tingkatkan iman kita**

p/s = tiada kaitan dengan sesiapa,minta maaf kalau ada wat terasa pada para pembaca semua..
ASSALAMULAIKUM!!!



Khamis, 6 Oktober 2011

Hargailah insan yg kita sayang!!!

IBU!!!
Assalamulaikum..
Harap awk sihat ..tajuk kali ini agk sdih lh ckit psl “IBU”..
Awk masih ada Ibu lg x??Alhamdulilah klo msih ada,sayang tak ibu awk??? Tpuk dada tnya lh iman..
Tp…bagaimana pula dengan mereka yg sudah tiada ibu??? Marilah kita sedekahkan “Al-fatiha” kepada meraka..amin…janganlah bersedih kepada mereka yg sudah tiada ibu mungkin Allah lebih sayangkan dia lg..itu baru mukadimah jew..hehhe..(Cerita ini adalah benar berdasarkan pengalam saya)..

Seorang Ibu mengalami sakit “Barah Payu Dara” yg bertahun-tahun.mempunyai suami serta 3 ank mereka yg masih kecil,(ank sulung lelaki berumur 18thn,yg ke-2 ank perempuan yg berumur 12thn,serta yg bongsu lelaki 8thn)..

Si ibu sering dimasukkan di hospital utk mengubati penyakitnya itu,berbagai-bagai cara kami semua utk mengubati penyakit itu,tp masih lg tidak baik-baik.Hospital mana kami tak pergi,semua dah pergi,ketika ank perempuan nya berumur 9 thn smpai 12thn..tp tiada satu pn cara yg boleh dapat memulihkan semula. Tahun itu ank perempuannya bakal memduduki peperiksaan UPSR yg bakal tiba.anknya itu sering tidak kesekolah kerana menjaga ibu nya yg sakit. Kemana sahaja ibunya dibawa ank perempuannya itu sering ikut sahaja.katanya “biarlah x kesekolah yg penting dapat menjaga mak” yg sibapa ni pula risaukan prestasi ank yg bakal menduduki peperiksaan tdk lma lg. sehari demi sehari kesihatan si ibu semakin kretikal,si ank tidak bolh berpisah dgn si ibu walaupun skjp..ank bongnya yg masih kcil tidak thu apapan yg berlaku hnya thu “Ibu Sakit” ank yg sulung sering murung dan memikirkan sesuatu. Akhirnya Ibu dibenarkan pulang kerumah..anknya berasa gembira sangat2.. slps seminggu tibalh hari peperiksaan utk siank perempuan itu. Ibunya memesan supaya belajar pandai-pandai dan jawab dengan elok-elok.(pagi itu aku dan ibuku pergilh kerumah saudara ku ini,sebenarnya ibuku ingin tunjukkan kpd aku keadaan sbnr makcik  aku itu,,sdih sngt2 bila aq tngk,.pada mulanya bdn dia sihat dan agk gempal menjadi kurus sngt2..mengalir air mata aku bila aku melihatnya..dengan rmbutnya gugur..

Dua minggu kemudian keadaan siibu nie semakin parah,,dan terus dibawa ke Hospital Kuantan..dalam subulan tinggl di Hospital tersebut keadaan nya semakin parah..si ank perempuan nie tidak henti-henti menangis.selama ibunya sakit dial h yg menjaga nya..

Malam sebelum ibunya menemui ajal,pnuh sngt2 di hospital tersebut,suami,ank2nya serta saudara-maranya duduk dikelilingnya..doktor bg thu “dia tidak bolh diselamatkan”..ibunya memangil ank2 nya dan menyuruh tido di sebelhnya..dlm pkol 10.30 mlm ibunya menghembuskan nafas terakhir..semua yg berada di situ menangis dan ank perempuannya itu menjerit memangil Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!..
Keadaan di situ sayu sangt3.dlm kol 11 mlm jenazah siibu di bawa pulang..ank2 nya x henti-henti menangis sehingga lh smpai di Johor(dirumahnya) jiran2 smua tunggu dirumah,apabila jenazah siibu hendak dibawa turun dr van ank perempuannya itu meraung memangil Mak! Mak! Mak!..

Jenazah diletakkan di tengah-tengah ruangtamu,dan pnoh org membaca Yasin disekeliling jenazah tersebut..yg tidak dapat aku lupakan apabila dia berkata “Mak,Mak banganlh, mak x syg kte kita,sapa nak masak utk kte,cuba mak tngk cini diaorang semua ada mak lagi,sya nk Mak,.bngnlh” semua org yg berada di itu menangis..

Keesokkan harinya jenazah siibu sudh siap dimandikan,dikafankan dan di soltkan.ramai sangat-sangat yg datang menziarah.sebelum dimasukkan kedalam keranda tibalah masa utk cium terakhir ank utk siibu nya wat selama-lamanya.ank perempuannya itu sering meraung-raung memanggil-manggil si ibunya..
Semua org yg berada disitu turut menangis..hampir dua tiga kali ank itu pengsan..
Kini dalam dairinya tertulis “aku merasakan hidup ni dah tiada indah dan serinya lagi sejak ibu pergi meninggalkan aku..tidak akan ada lagi "MAK" dlm kamus hidup aku tp siapa sangke semuanya berubah sejak hadirnya insan yg menyayangi aku sbg anak sendiri..TERIMA KASIH MAK..
Kini umur siank perempuannya itu sudh mencapai 15thn dan sedg mengambil peperiksaan PMR.

Marilah kita semua menghargai jasa pergorbanan ibu bapa kita,,sayangilah mereka seperti mna mereka menyanggi kita..
Akhir kata dari saya “Kita Juga akan merasai seperti mareka rasa”
Sekian..(^_^) As-Salam.

Rabu, 5 Oktober 2011

Antara 1 Hati dan 2 Cinta ...

Hatiku ibarat padang pasir yang tandus, punyai hati yang sungguh gersang dari cinta-Nya.. Cukup untuk aku merasa begitu jauh dengan diri-Nya. Dialah pemberi CINTA, maka mengapa aku lebih mencintai hamba-hambaNya terlebih dahulu?? Mengapa baru kini aku sedar akan semua kekhilafan diri ini?? Mencintai manusia,, hanya perit yang aku dapat bukan bahagia...
aku tidak mampu membezakan antara dua cinta yang harus aku utamakan.. (o_0)?? tapi aku amat bersyukur kerana aku telah dipilih untuk sedar dari kekhilafan diri selama ini.. 
Thank You Allah
Sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu wahai Sahabat ku... bEt0l,semangatku kembali pulih apabila mengagumi dirimu itu,... Hatiku kembali terisi dengan IMAN saat mendengar kuliah-kuliah darimu... Tazkirah serta peringatan dari mu,aku sentiasa didalam kotak memori ingatanku,... satu PENGAKUAN, aku mengagumimu dalam diam,.. tidak berani aku menyatakan suka kepada diri mu kerana aku tidak mampu lagi untuk memberikan apa takrif tentang perasaanku padamu....

Kamu  SOLEH dan juga SOLEHA ,disanjung dan dihormati ramai...sedangkan aku, insan berduka,, solehkah aku TIDAK PASTI..... -_-"

Sekarang aku dalam perubahan,perubahan mengenal yg Maha Pencipta,... setiap ayat-ayat cinta dari-Nya terkesan dalam diriku...
tenang.... damai..... aku tidak mampu memgambarkan perasaanku ketika sujud ku pada-Nya....
kini aku lebih banyak mengisi waktu bersama-Nya tetapi aku tetap tidak berani menyatakan ayat-ayat ku padamu, SOLEH dan juga SOLEHAH... aku hanya mampu mengagumimu dari jauh.... (b_d)

Kerana ini bukan masanya, aku lebih percaya pada janji Allah
"LELAKI YANG SOLEH UNTUK WANITA YANG SOLEHAH" ^^,
“WANITA YANG SOLEHAH UNTUK LELAKI YANG SOLEH”

percayalah janji Allah itu!!!

Aku bermujahadah untuk menjadi soleh.... namun keutamaanku bukanlah untuk mendapat yg solehah,cuma aku hanya mampu membetulkan diri yang selama ini terpesong jauh...

Akhir kalam, aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu... bukan kerana ketampanan atau kecantikan wajahmu...
bukan kerana keturunanmu,
bukan jua kerana popularitimu.....
dan bukan kerana kemewahan harta milikmu..
tapi semata-mata agamamu wahai sahabat hati..
andai kata agamamu hilang, maka hilanglah cintaku padamu .... 
semoga kau beroleh rahmat dari-Nya.....



renung-renungkan!!!