Rabu, 5 Oktober 2011

Antara 1 Hati dan 2 Cinta ...

Hatiku ibarat padang pasir yang tandus, punyai hati yang sungguh gersang dari cinta-Nya.. Cukup untuk aku merasa begitu jauh dengan diri-Nya. Dialah pemberi CINTA, maka mengapa aku lebih mencintai hamba-hambaNya terlebih dahulu?? Mengapa baru kini aku sedar akan semua kekhilafan diri ini?? Mencintai manusia,, hanya perit yang aku dapat bukan bahagia...
aku tidak mampu membezakan antara dua cinta yang harus aku utamakan.. (o_0)?? tapi aku amat bersyukur kerana aku telah dipilih untuk sedar dari kekhilafan diri selama ini.. 
Thank You Allah
Sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu wahai Sahabat ku... bEt0l,semangatku kembali pulih apabila mengagumi dirimu itu,... Hatiku kembali terisi dengan IMAN saat mendengar kuliah-kuliah darimu... Tazkirah serta peringatan dari mu,aku sentiasa didalam kotak memori ingatanku,... satu PENGAKUAN, aku mengagumimu dalam diam,.. tidak berani aku menyatakan suka kepada diri mu kerana aku tidak mampu lagi untuk memberikan apa takrif tentang perasaanku padamu....

Kamu  SOLEH dan juga SOLEHA ,disanjung dan dihormati ramai...sedangkan aku, insan berduka,, solehkah aku TIDAK PASTI..... -_-"

Sekarang aku dalam perubahan,perubahan mengenal yg Maha Pencipta,... setiap ayat-ayat cinta dari-Nya terkesan dalam diriku...
tenang.... damai..... aku tidak mampu memgambarkan perasaanku ketika sujud ku pada-Nya....
kini aku lebih banyak mengisi waktu bersama-Nya tetapi aku tetap tidak berani menyatakan ayat-ayat ku padamu, SOLEH dan juga SOLEHAH... aku hanya mampu mengagumimu dari jauh.... (b_d)

Kerana ini bukan masanya, aku lebih percaya pada janji Allah
"LELAKI YANG SOLEH UNTUK WANITA YANG SOLEHAH" ^^,
“WANITA YANG SOLEHAH UNTUK LELAKI YANG SOLEH”

percayalah janji Allah itu!!!

Aku bermujahadah untuk menjadi soleh.... namun keutamaanku bukanlah untuk mendapat yg solehah,cuma aku hanya mampu membetulkan diri yang selama ini terpesong jauh...

Akhir kalam, aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu... bukan kerana ketampanan atau kecantikan wajahmu...
bukan kerana keturunanmu,
bukan jua kerana popularitimu.....
dan bukan kerana kemewahan harta milikmu..
tapi semata-mata agamamu wahai sahabat hati..
andai kata agamamu hilang, maka hilanglah cintaku padamu .... 
semoga kau beroleh rahmat dari-Nya.....



renung-renungkan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan