Isnin, 4 November 2013

Konvo! Konvo! & Konvo! :)

Assalammualikum!!!

Sebut pasal Konvo sudah tentu mahasiswa/mahasiswi akan seronok. Mahu tidak seronok, setelah bertahun-tahun berhempas pulas dengan kuliah, test paper, kerja kursus individu, kerja berkumpulan, presentation, kuiz, tutorial, tesis dan segala macam lagi, akhirnya pada hari konvokesven telah mengiktiraf mereka yang benar-benar layak untuk bergelar Lepasan PHD, Master, Ijazah Sarjana Muda, dan Diploma. 


Alhamdulilah,Akhirnya dapat Menamatkan Pengajian Diploma Sains Perikanan dengan Jayanya di Universiti Malaysia Terengganu!!!


Apapun.. aku doakan agar lepasan universiti dan yang baru konvo akan terus dapat kerja. Jangan bazirkan usia muda kita dengan begitu sahaja setelah ibu bapa kita telah menghabiskan banyak wang ringgit untuk menanggung pengajian kita.Kerjalah apa-apa pun dahulu asalkan rezeki yang dapat tu halal daripada terus menganggur.

#Doakan Saya dalam Pengajian Sarjana Muda Sains Gunaan (Periakanan) sekarang ini. (2013-2016)

Sekian. Salam Maal Hijrah!!!