Rabu, 25 Julai 2012

5 Tahun Telah Berlalu!!!

Assalamualaikum.. terlupa pada Tarikh Keramat,, 21/7/2007.. pada hari sabtu. permergian Kawan yang sangat disayangi menghadap Illahi.. sayu rasa hati ini bila mengigati semula..


Setiap insan pasti akan merasai 'mati',Cuma masanya tak siapa pun pasti,Kegerunan Izrail mesti dihadapi,
Walaupun diri mendesak ingin melarikan diri,Tapi, kenapa perlu menghadapi mati?

Dengar sini,Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi,Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri,Ruang rehat bagi mereka yang iman dan taqwa dijadikan pakaian diri,Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,Perintah Illahi.



Jadi,
Buatlah pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,
Mana yang lebih kau senangi,
Jika inginkan kebaikan diri,
Bersiap siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,
Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Illahi.

Akan tetapi,
Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,
Maka ingatlah!
Tika sampai waktunya, janji kan ditepati,
Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.

Oleh itu,
Bertaubatlah wahai diri-diri,
Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci.


" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)

Al-Fatihah buat Sahabat yang sentiasa diingati NURSHAHIRA (21/5/2007),ZAKARIA,(21/7/2007),INA(Thn 2010 & ISNIN (2012)

Isnin, 16 Julai 2012

Selamat Datang Ramadhan yang Dirindui

Assalammualaikum ..

RAMADHAN I miss U

Pejam celik pejam celik lagi lebih kurang 4-5 hari je lagi kite akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang di tunggu-tungu. Bulan yang kite diwajibkan untuk berpuasa, beribadat. Tapi sebelum bulan Ramadhan kite bermaafan dahulu adalah lebih baik. Bukan tunggu raya baru nak mintak maaf Okay!

Disini saye, Ingin memohon maaf jika ade salah silap dengan kamu semua. Terkasar bahasa, terkutuk, termengata, tercarut, #Oppsss! mengeluarkan bahasa yang tidak sedap didengar. Saye mintak maaf sangat-sangat-sangat!. Saye cume manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan. Dan InsyaAllah, hari-hari seterusnya akan mematangkan fikiranku ini. Hehe.


 
Maafkan lah Aku!!!



Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA dan TAUBATlah UBATNYA. Jika seluruh HARTA adalah RACUN maka ZAKATlah PENAWARnya dan jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHANlah PEMUTiHnya..

Pesan Jibrail a.s. buat Nabi S.A.W..Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan tiga golongan ketika hadirnya Ramadhan. 

1. Mohonlah maaf dari kedua ibubapa mu.
2. Mohonlah maaf sesama suami dan isteri.
3. Mohonlah maaf dari keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada disekeliling mu.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..



Isnin, 9 Julai 2012

Ummie LOVE U

Hari ini dia ada...Kita sakitkan dia.. x pelah, dia maafkan..
Hari ini dia ada..Kita buat dia menangis..Xpelah, dia cuba pujuk diri..
Hari ini dia ada......Kita mainkan dia.. x pelah dia anggap kita nak uji dia..
Hari ini dia ada......Kita buat dia sampai jatuh sakit.. x pelah , dia cakap ubat ada...

Besok, bila dia dah tak ada....Kita akan tercari-cari dia.. Tapi tak jumpa..

Besok, bila dia dah tak ada....Kita akan tertunggu-tunggu dia..Tapi sia-sia..
Besok bila dia dah tak ada...Kita menyesal dengan perbuatan kita..Tapi terlambat

Masa itu....Dia mintak maaf sangat-sangat sebab...


Dia dah tak dapat teman kita.
Dia dah tak dapat hiburkan kita.
Dia dah tak dapat nak jaga kita.
Dia dah tak dapat nak usik-usik kita..

Dan kita dah tak dapat nak buat dia sakit hati,menangis,jatuh sakit dan mainkan dia..Dan kita mesti akan menyesal sebab kita dah buat macam-macam dekat dia dan tiba-tiba baru kita sedar, dia itu.IBU YANG MEMBESARKAN KITA DENGAN PENUH SABAR, PENUH KASIH SAYANG, MELAYAN KERENAH ANAK-ANAK YANG MACAM-MACAM RAGAM.TAPI DIA DAH HILANG UNTUK KITA..


I ♥ U MAK...kupohon agar hidupmu dirahmati sepanjang hayat...terima kasih mak...♥ ♥ ♥




Rabu, 4 Julai 2012

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita!

Ya Allah ambillah kesombongan/keangkuhan dariku
Allah berkata, “Tidak. Bukan Aku yang mengambil, tapi kau yang harus menyerahkannya.”

Ya Allah sempurnakanlah kekurangan anakku yang cacat
Allah berkata, “Tidak. Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara.

Ya Allah beri aku kesabaran
Allah berkata, “Tidak. Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cubaan; tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri.”

 Ya Allah,ampuni ku.

Ya Allah beri aku kebahagiaan
Allah berkata, “Tidak. Ku beri keberkahan, kebahagiaan tergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkahan itu.”

Ya Allah jauhkan aku dari kesusahan
Allah berkata, “Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkan mu pada Ku.”

Ya Allah beri aku segala hal yang menjadikan hidup ini nikmat
Allah berkata, “Tidak. Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmati segala hal.”


Kadang kala ada yang berfikir bahwa Allah tidak adil, telah susah payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi-siang-malam, tapi tak ada hasilnya.
Adil kah untuk aku?
 

Kita mengharapkan diberi pasangan hidup yang baik dan sesuai, berakhir dengan perpisahan, orang lain dengan mudah berganti pasangan.
Adil kah untuk aku?

Kita menginginkan harta yang serba mewah, tapi masalah hutang yang masih menimpa.
Adil kah untuk aku?

:::Segala yang kita minta Allah tahu apa yang paling baik bagi kita. Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkannya. Karena Allah tahu yang terbaik yang kita tidak tahu.

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah dripd tangan2 kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yg sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mngampunkan sebhagian besar dosa2 kamu”assyura ayat30
~bersabarlah sesgguhnye sakit i2 kifarah dosa~

Sekian. Sekadar renungan bersama







 

Selasa, 3 Julai 2012

Im sorry,im very nervous!!! MUET..


Pernah tak korang merasa berdebar atau darah gemuruh ketika ingin tampil di khalayak atau menghadiri exem MUET,hehehe. atau ingin menempuh sesuatu seperti ingin berucap, bertanyakan soalan dalam sesuatu majlis dan sebagainya dalam Bahasa English ?
Jika ada, itu adalah simptom kelemahan di bahagian tekanan darah, jantung dan medulla ablongata.perh hebat aku.

Debaran berlaku apabila seseorang itu tampil dengan hanya membawa fizikal dan mental sahaja. Tanpa membawa sekali spitirual dan emosi, seseorang akan menjadi berdebar, tidak menguasai keadaan malah dikuasai oleh khalayak.

Apa yang aku jawab untuk MUET td sangat2 lah berdebar dan takut..yang penting aku tidak faham ape yang aq cakapkan tadi.ahaha. i sorry im very nervous..fullstop.hahaha..lawak gler..sey.. klo korang ada time 2 mesti korang pm turut ketawa..hehehe.. dah lah aq tak dapat jawab smua soalan 2..yg bdk2 nie plk aju kan soalan kt aq..haha.. im sory i don't no...so bg aq SPEAKING Is Fail..
Yeah!!!!! SPEAKING suda!!!

sekarang aku nak tumpukan pada READING,WRITING, and Lestening...yg ini i confident cikit..hahah..pe2 pn GOOD LUCK!! pada korang yang akan ambil MUET nanti..hehe.