Isnin, 19 November 2012

Siap Sedia!!

Assalammualaikum!!!

Hari ini hari pertama Admin menjalankan Latihan Industri bersama kawan baik admin.. Tanggal 19 November 2012 admin, Muhammad Amirul bersama Muhammad Faez melaporkan diri Di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Rompin,Pahang D.M. 

Pengurus Besar En. Abdul Manaf

Kami diberi Cenderahati dari LKIM tersebut.. 

Bilik Kami!! (Muhammad Amirul)


Muhammad Faez


Sebagai tanda Kenangan Kami..


Alhamdulilah,, selesai sudah hari pertama kami,, seharian duduk didalam bilik aircond sampai sejuk beku kami dibuatnya... Bersyukur sangat-sangat dapat Boss yang bergitu baik hati dan sempoii. Kami bekerja hanya 5 hari seminggu, sabtu dan ahad "CUTI" huhuh.. dan segala perancangan mengikut atas kehendak kami.. Kerja yang kami akan lakukan akan di post pada episod yang lain..

"SELAMAT MAJU JAYA"

Sekian.

Rabu, 14 November 2012

1434H

Assalamualaikum w.b.t

Admin ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah yg ke-1434H, Bersyukur kepada Allah kerana telah memberi peluang kepada Admin dan anda semua, untuk terus Hidup di muka bumi ini. marilah kita bersama-sama meningkatkan Amal ibadah kita untuk tahun baru ini. Serta Admin ingin menyeru kepada para pembaca sekalian supaya membuang persengketaan antara kita semua.

" Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu pembantunya dan tentera tenteranya dan juga pertolongan menahan diri dari tuntutan nafsu amarah yang mendorong melakukan kejahatan dan kami mohon rasa sedia dalam usaha mendekatkanku kepada Mu ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. "

Salam Maal Hijrah Semua.. Moga Tahun ini lebih bermakna & Dilimpahkan rezeki berlipat Ganda serta dipermudahkan segala urusan Dunia & Akhirat.. Aminn

 

Isnin, 15 Oktober 2012

$ELOKA DOF# (PART 3) LA$T YEAR!!

Pasangan couple dikelas kami,
Sampai lecture pun boleh tahu,
Amirul faiz & Adawiyah empunya diri,
Biasalah cinta nak bersatu.

Abdul A’ziz empunya nama,
Bekaca mata Harry Potter orangnya,
Abdul Aziz ni lain pula ceritanya,
Sentiasa camera bersamanya.

Dua sahabat sentiasa bersama,
Izzayani & Mimi Najeyha punya cerita,
Bab ketawa serah kat meraka,
Mulut “tembam” gitu katanya.

Muhammad Afiq jejaka sensasi,
Gemuk to kurus tidak dipercayai,
Lain pula dengan si Khairil Azizi,
Pendiam dan selalu menyembunyikan diri.

Budak manja di kelas kami,
Izzah Azis nama diberi,
Seroomate dengan Umairah sekali,
Ditemani dengan dua puteri yang baik hati.

Pratikal Akuakultur hebat sekali,
Humairah & Fadilah jion sekali,
Ternakan pula ikan keli,
Group mereka pula yang menjadi.

Kaki camera panggilah mereka ni,
Hazhizh & Zulkifli empunya diri,
Jangan lupa apek sorang nii,.

mereka semua hebat sekali.

Akmal Ali kaki menyayi,
Suara pun best sekali,
Lain pula dengan si Hafizuddin ni,
Suka sangat buat kerja sendiri.

Orangnya hendsome baik hati,
Bahagian nie Anwar buat sendiri,
Jangan marah terkecil hati,
Hasnizalifah dan Diana orang last sekali.

Tinggal mereka yang telah pergi,
Sentiasa ada di dalam hati,
Nik,Adah dan juga Hamie,
Faizol dan Saiful tidak dilupai.
 


Sakit otak buat seloka,
Diharap tidak tercekik makan,
Aku hanya bergurau sahaja,
Salah dan silap harap dimaafkan

Demikian cerita geng kelas kami,
Kepada yang terkena jangan kecil hati,
Ampun dan maaf saya sudahi,
Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Kepada DOF disebut nama,
Bukan menghina bukan mengata,
Hanya sekadar bahan ketawa
Ingin mengisi ruang yang ada.

Ragam DOF tertera sudah,
Salah dan silap harap dimaafi,
Ini hanya mainan lidah,
Semoga menjadi kekal abadi.

Akhir kata daripada saya,
Assalammualikum saya sudahi,
Salam perpisahan kita semua.
insaAllah panjang umur jumpa lagi.

$ELOKA DOF# (PART 2) LA$T YEAR!!

Orangnya sexy berhari-hari,
Mimey Nur Ain empunya diri,
Laen pulak dengan si Farihah ni,
Alhamdulilah boleh wat bini macam ni.

Beuty women Chai Peg Kee,
Sentiasa cantik dan sexy,
Berkawan baek dengan Liyana Syamimi,
Siap ada Ipad dibawa mari.

Panggilan ustaz nama diberi,
Sorang rendah sorang tinggi,
Muhammad Khalis dan Zulfadhli,
Itulah mereka empunya diri.

Amir Azmee dan Mustaqim Saudi,
Cari jalan nak kuruskan diri,
Laen pulak kisah K. Bie ni,
Dengar cita nak jadi permasuri.

Sekali pandang comei orangnya,
Jaga-jaga sudah berpunya,
Nazlina Naim dan Nur Syazana,
Merekalah yang empunya nama.

Wan Azira dan Fatin Nadia,
2 pelajar sehati sejiwa,
Datang kelas bersama-sama,
Janji hidup bahagia.

Siti Aisah dan juga Adilah,
Orang yang senyap sentiasa,
Nur Halilah impikan jadi pensyarah,
Yana Suhir pula warden penjara.

Loghat perak memang layan,
Aternya suka teman berkawan,
Empunya diri Hasyiem dan Meor Salehuddin,
Masa kami gile dia pun layan.

Loyar buruk itulah sikapnya,
Buat kami pening kepala,
Muhammad Azwan itulah namanya,
Hafizi disebelah tak terkata apa.

Nur Alia kecil orangnya,
Bila bercakap entah apa-apa,
Fatin Fadilah Fadliana disebelah diam saja,
Bila ditanya senyum saja.

Andai dipisah lagu dan irama,
Hilanglah seri mereka berdua,
Aizat dan Alif sentiasa bersama,
Biasalah diaorang tu sehati sejiwa.

Nur Salwani dan Nurhayati duduk bersama,
Dua orang kawan tapi tak satu kepala,
Sorang bikin kecoh sorang selumber,
Tak tahulah apa nak jadi dengan korang berdua.

Berkulit putih itulah dia,
Faez Shahabudin empunya nama,
Muhammad Ikhwan laen ceritanya,
Bikin gempak DOF punya cerita.

Berkaca mata manis orangnya,
Nurfariza itulah dia,
Sentiasa bersama kesini -kesana,
Nur Afiqah dan juga Suhaida,

Bila tersenyum nampak tertawan,
Bila bersuara hilang menawan,
Muhammad Taufiq kita punya kawan,
Pengubat rindu suara diakan.

Duduk seorang tiada berteman,
Itulah Nisa punya gelaran,
Seyumannya manis Aznil Adnan,
Sekali tengok pasti tertawan.

Tinggi kurus Nur Fazlyana,
Dimana berada pasti bersama,
Sekali pandang boleh jatuh hati punya,
Tapi sorry Hanif yang punya.

Tiba giliran Nasaruddin pula,
Pancak silat kegemarannya,
Lain pula dengan Izzrin empunya nama,
Bola tampar itulah idolanya.

Nama se6 pangilan diberi,
Selalu bersifat happy sekali,
Berkawan baik dengan Ibrahim sorang ni,
Kalau tak percaya tanyalah sendiri.

Nurhamira dan Suhaini gadis pemalu,
Rutin mereka just senyum selalu,
Gegar sekelas buat tak tahu,
Kalau berlajar macam manalah tu.

$ELOKA DOF# (PART 1) LA$T YEAR!!

Assalammualaikum pembuka bicara,
Salam dihulur untuk semua,
Ini kisah kite semua,
Pelajar DOF tahun akhir katanya.

Diploma Perikanan kami pelajari,
panggilan DOF nama diberi
50 Putera 61 Puteri
Belajar dalam Laut dan Bumi.



Satu Malaysia kami berjumpa,
Universiti Malaysia Terengganu tempat kami,
Bermulanya cerita kami semua,
kini tibalah zaman mengakhiri.

Ingat tak lagi semesta pertama,
Shark dan Pirana tak boleh bersama,
Lupakan saja ini semua,
Itu hanyalah kisah lama.

Bermula dengan tuan punya seloka,
Tinggi lampai nampak ceria,
Terima kasih kerana baca ,
Muhammad Amirul Razak nama dia.

Dengar  Assignmnt dan bemacam lagi,
Ahmad izzuddin monitor kami
kurus tinggi, happy sekali
beri penggetahuan kepada kami.

Duduk dihadapan dalam kelas kami,
Ahmad Faiezian nama diberi,
Lain pulak dengan sikurus ni,
Arip Seman empunya diri.

Rahmat Saad nama diberi,
Berkaca mata hebat sekali,
Laen pulak dengan si Nazirul ni,
Dari “Singgapura” katanya mari.

Muhammad Shahrizan suka sendiri,
Selalu dengan moto LC baru dia ni,
Yusfariza binti Robiaai,
Suka buat Hot di kelas kami.

Nur Farhana dan juga Norhazerie,
Sentiasa bersama kesana sini,
Bila kata “Couple” bukan sekali,
Mesti best fiend barang kali.

Pendiam dan pemalu itula sifatnya,
Disuruh berucap bisulah jawabnya,
Heng Hui Lin empunya nama,
Koh Shier Lyn ada bersamanya.


Nurul Azuwani dan Amira Husna,
Datang kelas dengan SKuTER nya,
Nur Liyana Bawak kereta,
Wan Nasirah sentiasa bersama.

Abdul Malik dan juga Thalha,
Pergi Gym bina badan katanya,
Lain pulak dengan si Pinat ni,
Betul kew “Couple” dengan Rohaiza Asmini.

Siti Nur Nasuha suka menyayi,
Nuurul Asmalia sentiasa dihati,
Noor Izanie dan Aimi Zulaimi
Sentiasa bersama kesana kemari.

Norsyafiqah Mohammad Sofi,
Nuurul Aziati nama diberi,
Join wataniah berhari-hari.
Jatuh hati dengan budak kelas kami.

Afifa Nabilah orang pertama khwin di kelas kami,
Azura Anuar sentiasa di sisi,
Eeyy Amira dan juga Aini,
Orangnya kelakar sekali.

Kathlyn dan Mohd Nur Saibi,
Dari sabah datang kemari,
Dayang Norsila suka membuli,
Azie Sharmira tergigit jari.

Gelaran “ATOM” sudah sebati,
Mohd Hafis nama diberi,
Laen pulak dengan si Fendi,
Bila bercakap langsung tak peduli.

Dalam Kelas bising orangnya,
Shida Jamaluddin empunya diri,
Norhani syahida pemalu orangnya,
Tak pernah cakap dengan budak laki.

Bermata sepet berkaca mata,
Azri Ahcong empunya nama,
Nor kholilah bising orangnya,
Tetapi baik hatinya.

Nama Affwa Rabbae parentz dia bagi,
berkawan baek dengan si Amir ganu ni,
faisal Afiq join sekali,
Dia orang ni memag happy go lucky.


Khamis, 13 September 2012

Ingat! Ingat! Ingat! MATI.

Assalamualaikum w.b.t

/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Hidup di dunia ini tidaklah selamanya. Akan datang masanya kita berpisah dengan dunia beserta isinya. Perpisahan itu terjadi saat datangnya kematian, tidak ada seorang pun yang dapat menghindar darinya. Karena Allah telah berfirman:


“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)

Firman Allah subhanahu wa ta’ala lainnya :
“Di mana saja kalian berada, kematian pasti akan mendapati kalian, walaupun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh.” (An-Nisa`: 78)

Dan jika sa’atnya tiba, kematian akan mendatangi siapapun, dimanapun dan kapanpun, tidak memandang pejabat rakyat, kaya miskin, besar kecil, tua muda, orang yang shaleh ataupun yang salah. Karena semua yang didunia ini tidaklah kekal abadi.
Semua yang ada di bumi itu akan binasa. (Ar-Rahman: 26)

Dengan mengingat mati akan melembutkan hati dan melemahkan kecintaan kita terhadap dunia. Karenanya, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam menasihatkan agar kita banyak mengingatnya. Beliau bersabda dalam hadits yang disampaikan lewat shahabatnya Abu Hurairah radhiAllahu anhu.


"Perbanyaklah mengingat sesuatu yang dapat menghancurkan kenikmatan (kelezatan), yaitu kematian."(HR. Ibnu majah :4258)

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal, yaitu ;Shadaqah jariyah, Ilmu yang bermanfaat, atau Anak shaleh yang mendoakannya (HR. Muslim)


• MARI JADI ORANG BAIK


JAGA IMAN ---> JAGA SOLAT ---> JAGA AKHLAK ---> TUTUPLAH AURAT.


Sekadar berkongsi bersama (^__^)

Sekian..





Rabu, 12 September 2012

DIPLOMA PERIKANAN (PART 3) DOF LAST YEAR


Assalamualaikum w.b.t

/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

 Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.











Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya.

Andai kau ingin bersahabat… terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah..






Kawan itu ada tiga jenis:

  1. yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya  bermanfaat serta menguntungkan
  2. yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
  3. yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.






 Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.








Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.













Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!

Kita kawan kan?


Semoga kita berjaya Didunia & Akhirat serta mencapai impian masing-masing yg kita idamkan sebelum ini.

Sekian..




Selasa, 11 September 2012

DIPLOMA PERIKANAN (PART 2) DOF LAST YEAR!!

Assalamualaikum w.b.t

/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Part 2 Kini kembali...

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

 Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah... ertinya persahabatan


 Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala... oohhh

Bersamalah teman kita hargai
Mahkota suci... oohhh
Bersamalah teman kita harungi
Istana erti persahabatan

Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan diantara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa.





Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”










 Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..


Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat….




 “Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)





 HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku.... 

 Sekian..

p/s:- DOF part 3 akan kembali.