Rabu, 20 Februari 2013

Meniti Suratan Kehidupan

Hari ini 20/2/2013 bersamaan Hari Selasa, admin MUHAMMAD AMIRUL BIN RAZAK, UK24204, PELAJAR DIPLOMA SAINS PERIKANAN di UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. Telah menamatkan pengajian dalam bidang tersebut selama 3 Tahun. So admin akan menjadi salah sorang "Pentanam Anggur" (maksudnya menganggur ler) hehe. Alhamdulilah dan bersyukur sangat-sangat kepada Allah sepanjang belajar di sini bermacam-macam dugaan suka,duka, bersama serta dapat mematangkan diri sendiri. dan akhirnya berjaya juga menamatkan belajar. Alhamdulilah.


Kini bertemu dan berpisah sudah menjadi lumrah hidup dan sebati dalam hidup admin ini. 

Dalam meniti titian kehidupan ini ,
kita perlukan semangat untuk terus melangkah,
Kita perlukan sesuatu untuk menyokong kita,
membisikkan kata semangat,
menemani tika kesedihan,
memberi senyuman tika bahagia,
memimpin tika kegelapan,
Tapi ingatlah tidak ada yang kekal disisi kita
melainkan DIA Yang Satu,
Dalam menyusur setiap arus yang mengalir
usahlah kita berharap hadirnya sesuatu
yang setia untuk memberi apa yang kita perlu,
Bila terasa diri kita lemah dan semangat kita mula hilang,
Pandanglah wajah kita sendiri
kerana ia lebih mengenali
siapa diri kita yang sebenar.

 

Kepada semua kawan,teman,saen,sahabat sekalian, admin ucapkan "TAHNIAH" kepada semua Pelajar DIPLOMA PERIKANAN.  dan Terima Kasih juga kepada semua yang selama ini turut membantu admin sama ada secara langsung or tidak langsung, dan kawan-kawan yang lain berjaya sampai ke tahap ni.

Akhir kata Kita jumpelah lagi ea. huhu. 
Assalammualikum.

Sekian.

"LOVE U ALL"

Rabu, 13 Februari 2013

SURATAN TAKDIR PERPISAHAN


ASSALAMMUALIKUM

mula2 pasang lagu dlu kt atas tu.. bru ada feel nk baca :). Klik kt Lebah 2 ea.. dh dapat baru buley baca.. Selamat Membaca!!!


Persatuan Nelayan Kawasan Rompin…


Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan, mungkin itu berpisah kerana kurang sesuainya, atau berpisah kerana memang sudah takdirnya. perih dan sakit merasuk kejiwa namun ketika hati bijak menerima segala kenyataan yang ada pasti semuanya ok jew.

Tetaplah yakin bahwa apa yang terjadi itulah yang terbaik, jadi jangan pernah berasa sedih kalau berpisah. kerana Allah akan memberikan yang terbaik untukmu. apa yang baik menurut kita belum tentu baik di mata Allah begitu juga sebaliknya.

Rintangan masa depan harus kamu hadapi, Nun di sana kejayaan menanti”

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Tidak usah disesali. Berapa ratus, mungkin ribu atau bahkan jutaan orang yang sejak kita lahir di dunia ini, sekarang mereka tidak ada lagi dalam kehidupan kita. Entah terpisah jarak, atau bahkan kematian.
Salam Perpisahan untuk Semua Pegawai & Kakitangan Persatuan :-

En, Abdul Manaf, En, Zulkifli, En, Che Wan Ghazali, En, Norhisyam, Puan Siti Halimah, Puan Surati, Puan Raja Zainon, Puan Rosnani, Puan Khalijah, En, Ab. Razak, Puan Mas Idayu, En, Ezwan, En, Asrah, Puan Shurayya, En, Samsul, En, Norizan, En, Norazland, En, Hanafi, En, Alif, Puan Aisyah, En. Zolkifli, Puan Sahana, En, Hafidz, Puan Zuraida & Puan Romi Idayu


 Ya Allah, Ya Rahman…kuatkanlah aku, kuatkanlah aku, kuatkanlah aku sesungguhnya aku tidak kuat ya Allah atas pemergian ini. Namun aku tidak sanggup berada di sisinya, aku gembira berada di sisinya tetapi aku sedih atas ‘layanannya’, bertambahlah sedihku untuk meninggalkannya. Semoga Kau akan kurniakan aku sesuatu yang lebih baik..hanya pada-Mu aku berserah, hanya pada-Mu aku memohon pertolongan, sesungguhnya Kaulah zat yang paling menghargai apa yang aku lakukan untuk-Mu ya Allah..:’(
























 TQ atas Hadiah nie.. Termasuk Jambu sekali. :)

Kalau ada sumur diladang,
Buley saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsaAllah pasti kita akan berjumpa lagi.

Sekian,

Muhammad Amirul & Faez
Universiti Malaysia Terengganu
Diploma Perikanan..