Ahad, 30 Mac 2014

Realiti Sebuah Kehidupan

Assalamualaikum

Ilham ini terhasil semasa bersiar-siar lalu berkesempatan untuk menulis hasil karya sendiri.
 
Realiti sebuah kehidupan,
Hadirnya sebuah perasaan yg membawa berjuata keadaan, sehinggalah lahir sebuah pengorbanan.

Realiti sebuah kehidupan,
Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan, lumrah hidup kita sebagai Khalifah Allah, setiap langkah mempunyai penceritaan sendiri yg harus ditempuh sehingga kematian.

Realiti sebuah kehidupan,
Kerana bermulanya pekernalan yg membawa berjuta impian, mesti ditempuhi dengan cabaran, sehingga memperolehi sebuah kejayaan.

Realiti sebuah kehidupan,
Setelah dikenali bagaikan indah disyurga, namun itu hanyalah sementara, perlu kuatkan iman didalam dada sehingga tiada sesiapa yg terluka.

Realiti sebuah kehidupan,
Diri ini dibawa ditengah lautan dan dihanyutkan bersendirian, berjalan sendiri tanpa berteman dan berjalan sendiri tiada arah tujuan.

Realiti sebuah kehidupan,
Diri ini menjadi sasaran bagi mereka melakukan kesilapan, maafkan diri andai kekurangan tolong tunjukkan ajar dan panduan.

Realiti sebuah kehidupan,
Dalam hidup perlunya kejujuran sehingga tiada salah pengyakaan jangan takut untuk berkata kebenaran andainya ia amat menyakitkan.

Hasil Nukilan Insan yg Kekurangan :')  

Sabtu, 29 Mac 2014

Trip Mencandat Sotong UMT 2014 Di Pulau Kapas

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasihani.

Peserta-peserta mencandat sotong <3


Entry kali ini, nak story kisah:-
"Trip Mencandat Sotong Di Pulau Kapas" 

Walaupun musim mencadat sotong belom bermula lagi, kami Pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan Perikanan UMT telah melakukan aktiviti ini terlebih dahulu, pada 21/3/2014. 

Trip kali ini disertai oleh 29 orang pelajar dan seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Perikanan & Akuakultur UMT. seramai 14 orang pelajar wanita dan 15 orang pelajar lelaki. terdapat 3 biji bot nelayan dan peserta diberikan kepada 3 kumpulan.

aksi ahli kumpulan bot 3 dengan hasil tangkapan :)
 
Mencandat Sotong adalah satu aktiviti tahunan bagi Negeri T'ganu, walaupun bermalam dalam bot ia amat menyeronokkan bagi mereka yg kali pertama untuk merasai nikmat atau cara mencadat sotong.

Deruan ombak dimalam hari,
mencandat sotong aktiviti kami,
Pulau Kapas lokasi kami,
Memang terbaek dari kami.

 Salah sorang peserta wanita yg berjaya menaikan sotong!!!

Walaupun aktiviti ini telah berlalu, namun ia tetap kenangan dan pengalaman yg tidak dapat kami lupakan sampai bila-bila. 

 sebahagian hasil tangkapan

Tidak perlu skill yang tinggi sebaliknya hanya kesabaran dan kerajinan untuk mencadat ni. Tekong bot juga memainkan peranan besar untuk menghasilkan tangkapan yang besar bagi mengesan lokasi-lokasi lubok yang strategik. Berombak disekitar Pulau Kapas memberikan kepuasan dan kemabukkan trip kali ini :)

 wajah-wajah ceria dengan hasil tangkapan masing-masing,
yg ikan tenggiri tu dapat pada pukul 4 pg, 11kg bro!!

Akhir sekali, aktiviti mencandat sotong ini amat menyeronokkan. Bagi mereka yg tidak pernah merasainya sendiri. Kalau mari ganu tuh marilah pakat g candat, pastikan bwk rombongan hehehe.

Sekian dari saya.  

Ahad, 16 Mac 2014

SEMOGA SELAMATNYA SEMUANYA!!!

Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, Kalau jawab sayang.

Alhamdulilah, lama sudah tak update blog "K!$AH PERANTAU" nie. Rasa macam nak kongsi tentang satu peristiwa yg membuat satu dunia tertanya-tanya??? Ermm, mungkin para pembaca semua dh tahukan apa yg ingin disampaikan.

#Kehilangan MH370 dianggap sebagai misteri!!!!



JOM KITA SAMA-SAMA MENDOAKAN yg TERBAIK UNTUK PARA PENUMPANG & ANAK KAPAL MH370.

"SELURUH DUNIA MENANTI MU"
SELURUH KELUARGA MENUNGGU MU"
KEMBALI, KEMBALI, & KEMBALILAH MH370
KAMI MENERIMA DENGAN SEADANYA!!!

 Semoga mereka semua selamat, Aamiin!!!

Rabu, 1 Januari 2014

"Tutup Buku Lama Bukak Buku Baru"


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualikum


Akhirnya tahun 2013 telah meninggalkan kita juga..
Perginya yang tak akan kembali, membawa bersama beribu kenangan pahit, manis suka dan duka... kini hanya menjadi sejarah dan kenangan yang mungkin akan kita kenang selagi hayat dikandung badan. :') 


JIWA akan sepi tanpa TEMAN
HATI akan mati tanpa IMAN
HARI ini adalah KENYATAAN
SEMALAM adalah KENANGAN
ESOK adalah IMPIAN
Sucikan HATI
Jernihkan PIKIRAN
Sambutlah Tahun Baru.

 
 
buka HATI dapat CINTA
buka TANGAN dapat PERSAHABATAN
buka MATA dapat PEMANDAGAN
buka HANDPHONE dapat PESAN
buka PESAN dapat UCAPAN
SELAMAT TAHUN BARU 2014

Kini kita akan mendapat sebuah dairi yang masih kosong
Bermulalah coretan kita diatasnya
Diari itu berjudul PERSAHABATAN dan Bab Pertama berjudul  
Selamat Tahun Baru Sahabat,
Sahabat, tahun telah berganti maafkan jika aku ada salah silap ditahun lama. Hari ini, mari kita perbaiki semuanya di tahun yang baru ini
Selamat Tahun baru 2014!

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Sekian, Salam Tahun Baru 2014 :)