Sabtu, 29 Mac 2014

Trip Mencandat Sotong UMT 2014 Di Pulau Kapas

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasihani.

Peserta-peserta mencandat sotong <3


Entry kali ini, nak story kisah:-
"Trip Mencandat Sotong Di Pulau Kapas" 

Walaupun musim mencadat sotong belom bermula lagi, kami Pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan Perikanan UMT telah melakukan aktiviti ini terlebih dahulu, pada 21/3/2014. 

Trip kali ini disertai oleh 29 orang pelajar dan seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Perikanan & Akuakultur UMT. seramai 14 orang pelajar wanita dan 15 orang pelajar lelaki. terdapat 3 biji bot nelayan dan peserta diberikan kepada 3 kumpulan.

aksi ahli kumpulan bot 3 dengan hasil tangkapan :)
 
Mencandat Sotong adalah satu aktiviti tahunan bagi Negeri T'ganu, walaupun bermalam dalam bot ia amat menyeronokkan bagi mereka yg kali pertama untuk merasai nikmat atau cara mencadat sotong.

Deruan ombak dimalam hari,
mencandat sotong aktiviti kami,
Pulau Kapas lokasi kami,
Memang terbaek dari kami.

 Salah sorang peserta wanita yg berjaya menaikan sotong!!!

Walaupun aktiviti ini telah berlalu, namun ia tetap kenangan dan pengalaman yg tidak dapat kami lupakan sampai bila-bila. 

 sebahagian hasil tangkapan

Tidak perlu skill yang tinggi sebaliknya hanya kesabaran dan kerajinan untuk mencadat ni. Tekong bot juga memainkan peranan besar untuk menghasilkan tangkapan yang besar bagi mengesan lokasi-lokasi lubok yang strategik. Berombak disekitar Pulau Kapas memberikan kepuasan dan kemabukkan trip kali ini :)

 wajah-wajah ceria dengan hasil tangkapan masing-masing,
yg ikan tenggiri tu dapat pada pukul 4 pg, 11kg bro!!

Akhir sekali, aktiviti mencandat sotong ini amat menyeronokkan. Bagi mereka yg tidak pernah merasainya sendiri. Kalau mari ganu tuh marilah pakat g candat, pastikan bwk rombongan hehehe.

Sekian dari saya.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan