Sabtu, 7 Februari 2015

Bila Masa Sudah Tiba

Assalammualaikum dan salam sejahtera,entah kenapa nak tulis tajuk ni lagi, errmm :'( tetiba terfikir pasal mati lagi, Tahun 2014 meninggalkan kesan yg mendalam buat kita rakyat Malaysia. Saya selalu tengok video Tragedi Nahas MH17 dan Kemana hilangnya MH370. Salam Takziah Buat Keluarga Mangsa. Akhir2 ni, banyak sangat kemalangan yg berkaitan Kapal Terbang, Kadang2 baru terfikir, Bagaimana, Dimana, dengan siapa kita akan mati dan menghembuskan nafas terakhir kita ni.. Bila sebut "MATI" semua ingin menempis,  seolah-olah tidak mahu mendengar pekataan MATI tu. Ya Allah...Jauhkan dari Hamba Mu ini dari segala Dosa, Maksiat dan Segala dosa-dosa besar atau kecil, Sesungguhnya aku ini manusia yg sering melakukan kesilapan dan kealpaan :'( 


"SETIAP YANG HIDUP, PASTI AKAN MERASAI MATI"


Ungkapan itu,sering kita dengar bila berlakunya Kematian. Aduhh, sebak sangat-sangat :'( 

Wahai Sahabatku, Keluargaku, serta insan-insan yg aku sayang, andai diri ini telah dijemput pergi dahulu sebelum kamu, Janganlah kamu bersedih serta meratapi pemergian ku ini, serta kamu maafkanlah segala dosa-dosa yg telah ku lakukan secara sengaja atau tidak, Sesungguhnya kemaafan mu itu boleh menyelamatkan diri ku dari segala dosa yg banyak...


Kini mungkin tiba masa aku pula menyusuri mereka yg telah menghadap Ilahi  terlebih dahulu..dan andai ini adalah warkah yg terakhir aku tulis,harap ia kekal dan sering kamu ingatttt..YaAllah Kau panjangkanlh umur ku ini dan tak sanggup pula berpisah bersama mereka yg ku sayangggg…
 
Cakap saja nak mati mmg semua x bersedia nk mati,tapi kita perlu bersedia untuk "MATI"..dunia ni hanyalah tempat persinggahan sahaj Akhirat jua lh tempat yg kekal abadi...



Suatu masa nanti, bila kita mati, banyak pekara yg kita tinggal dimuka bumi ini, hanya amalan dan doa dari anak yg soleh sahaja bekal yg kita bawa. Segala Gambar-gambar Kenangan di Facebook, Instagram dan sebagainya akan menjadi tatapan buat mereka untuk melepas kerinduan bagi mereka, seolah-olah kita masih lagi sentiasa disisi mereka dan segar di dalam ingatan mereka.



kini bayagkan kalau jasad kita mula kaku, tidak bergerak lagi, alangkah sedihnya diri ni,, Roh kita melihat ramai ahli keluarga, sanak saudara,dan sahabat menangis melihat jasad kita..hnya kita sahaja yg nampak mereka.. semua kenangan manis bersama mereka hanya tinggal kenangan sahaja, serta tiada lagi kedengaran suara mereka lagi.. Kini ku pergi menghadap Ilahi.~~

 SESUNGGUHNYA AKHLAKKU,
IBADAHKU,HIDUPKU,
DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH. 
 
~Sahabat maafkan lh dri ini~


SEMOGA TAHUN 2015 INI MEMBAWA SEJUTA MAKNA.




2014 Banyak Menyimpan Seribu Kenangan Buat Warga Malaysia
Semoga Kita Tabah Dalam Menghadapi Ujian Dari Allah.







Ahad, 30 Mac 2014

Realiti Sebuah Kehidupan

Assalamualaikum

Ilham ini terhasil semasa bersiar-siar lalu berkesempatan untuk menulis hasil karya sendiri.
 
Realiti sebuah kehidupan,
Hadirnya sebuah perasaan yg membawa berjuata keadaan, sehinggalah lahir sebuah pengorbanan.

Realiti sebuah kehidupan,
Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan, lumrah hidup kita sebagai Khalifah Allah, setiap langkah mempunyai penceritaan sendiri yg harus ditempuh sehingga kematian.

Realiti sebuah kehidupan,
Kerana bermulanya pekernalan yg membawa berjuta impian, mesti ditempuhi dengan cabaran, sehingga memperolehi sebuah kejayaan.

Realiti sebuah kehidupan,
Setelah dikenali bagaikan indah disyurga, namun itu hanyalah sementara, perlu kuatkan iman didalam dada sehingga tiada sesiapa yg terluka.

Realiti sebuah kehidupan,
Diri ini dibawa ditengah lautan dan dihanyutkan bersendirian, berjalan sendiri tanpa berteman dan berjalan sendiri tiada arah tujuan.

Realiti sebuah kehidupan,
Diri ini menjadi sasaran bagi mereka melakukan kesilapan, maafkan diri andai kekurangan tolong tunjukkan ajar dan panduan.

Realiti sebuah kehidupan,
Dalam hidup perlunya kejujuran sehingga tiada salah pengyakaan jangan takut untuk berkata kebenaran andainya ia amat menyakitkan.

Hasil Nukilan Insan yg Kekurangan :')  

Sabtu, 29 Mac 2014

Trip Mencandat Sotong UMT 2014 Di Pulau Kapas

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasihani.

Peserta-peserta mencandat sotong <3


Entry kali ini, nak story kisah:-
"Trip Mencandat Sotong Di Pulau Kapas" 

Walaupun musim mencadat sotong belom bermula lagi, kami Pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan Perikanan UMT telah melakukan aktiviti ini terlebih dahulu, pada 21/3/2014. 

Trip kali ini disertai oleh 29 orang pelajar dan seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Perikanan & Akuakultur UMT. seramai 14 orang pelajar wanita dan 15 orang pelajar lelaki. terdapat 3 biji bot nelayan dan peserta diberikan kepada 3 kumpulan.

aksi ahli kumpulan bot 3 dengan hasil tangkapan :)
 
Mencandat Sotong adalah satu aktiviti tahunan bagi Negeri T'ganu, walaupun bermalam dalam bot ia amat menyeronokkan bagi mereka yg kali pertama untuk merasai nikmat atau cara mencadat sotong.

Deruan ombak dimalam hari,
mencandat sotong aktiviti kami,
Pulau Kapas lokasi kami,
Memang terbaek dari kami.

 Salah sorang peserta wanita yg berjaya menaikan sotong!!!

Walaupun aktiviti ini telah berlalu, namun ia tetap kenangan dan pengalaman yg tidak dapat kami lupakan sampai bila-bila. 

 sebahagian hasil tangkapan

Tidak perlu skill yang tinggi sebaliknya hanya kesabaran dan kerajinan untuk mencadat ni. Tekong bot juga memainkan peranan besar untuk menghasilkan tangkapan yang besar bagi mengesan lokasi-lokasi lubok yang strategik. Berombak disekitar Pulau Kapas memberikan kepuasan dan kemabukkan trip kali ini :)

 wajah-wajah ceria dengan hasil tangkapan masing-masing,
yg ikan tenggiri tu dapat pada pukul 4 pg, 11kg bro!!

Akhir sekali, aktiviti mencandat sotong ini amat menyeronokkan. Bagi mereka yg tidak pernah merasainya sendiri. Kalau mari ganu tuh marilah pakat g candat, pastikan bwk rombongan hehehe.

Sekian dari saya.  

Ahad, 16 Mac 2014

SEMOGA SELAMATNYA SEMUANYA!!!

Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, Kalau jawab sayang.

Alhamdulilah, lama sudah tak update blog "K!$AH PERANTAU" nie. Rasa macam nak kongsi tentang satu peristiwa yg membuat satu dunia tertanya-tanya??? Ermm, mungkin para pembaca semua dh tahukan apa yg ingin disampaikan.

#Kehilangan MH370 dianggap sebagai misteri!!!!



JOM KITA SAMA-SAMA MENDOAKAN yg TERBAIK UNTUK PARA PENUMPANG & ANAK KAPAL MH370.

"SELURUH DUNIA MENANTI MU"
SELURUH KELUARGA MENUNGGU MU"
KEMBALI, KEMBALI, & KEMBALILAH MH370
KAMI MENERIMA DENGAN SEADANYA!!!

 Semoga mereka semua selamat, Aamiin!!!

Rabu, 1 Januari 2014

"Tutup Buku Lama Bukak Buku Baru"


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualikum


Akhirnya tahun 2013 telah meninggalkan kita juga..
Perginya yang tak akan kembali, membawa bersama beribu kenangan pahit, manis suka dan duka... kini hanya menjadi sejarah dan kenangan yang mungkin akan kita kenang selagi hayat dikandung badan. :') 


JIWA akan sepi tanpa TEMAN
HATI akan mati tanpa IMAN
HARI ini adalah KENYATAAN
SEMALAM adalah KENANGAN
ESOK adalah IMPIAN
Sucikan HATI
Jernihkan PIKIRAN
Sambutlah Tahun Baru.

 
 
buka HATI dapat CINTA
buka TANGAN dapat PERSAHABATAN
buka MATA dapat PEMANDAGAN
buka HANDPHONE dapat PESAN
buka PESAN dapat UCAPAN
SELAMAT TAHUN BARU 2014

Kini kita akan mendapat sebuah dairi yang masih kosong
Bermulalah coretan kita diatasnya
Diari itu berjudul PERSAHABATAN dan Bab Pertama berjudul  
Selamat Tahun Baru Sahabat,
Sahabat, tahun telah berganti maafkan jika aku ada salah silap ditahun lama. Hari ini, mari kita perbaiki semuanya di tahun yang baru ini
Selamat Tahun baru 2014!

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Sekian, Salam Tahun Baru 2014 :)



Rabu, 18 Disember 2013

Bila Jiwa Mancing Menusuk Kalbu Hidup Ku!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalammualaikum!!!

Gewang2 ngummm

Apakah faktor-faktor yang membuatkan aku boleh terjebak dalam kancah pemancingan ini? Begini kisahnya... Aku seorang yang tidak minat dengan memancing nie,, walaupun dibesarkan dengan keluarga yg minat memancing. Bila masuk jew universiti belajar dalam bidang "Perikanan" hidup nie penuh dengan banyangan Ikan-ikan. dan rakan baik aku sendiri minat gila dalam memancing nie.

Tanggal 12/12/13, aku ditemani rakan baik ku membeli rod & mesin utk memancing, (Terima Kasih Sahabat :- "Faez n Naim"). dan bermulalah hidup baru ku.tidak dilupakan rakan ku sorang nie "Piee",, ble mg nk bli rod?? heheh.



Hari 1st merasmikan "Joran & Mesin" baru.
lokasi:- Universiti Malaysia Terengganu


Setiap hari kalau free aku dan mereka akan ke mana-mana tempat untuk praktis memancing. Selama 3 hari aku pergi memancing namun gagal mendapatkan hasil pancingan. Barangkali joran tersebut masih belum serasi dengan aku. :)

Aku akui masih kurang ilmu dalam bidang memancing ini. Namun, aku berharap suatu hari nanti akan ada 'magic' berlaku nanti. Hehe... Good Luck kepada diri aku sendiri dan rakan-rakan baik ku.

Hari berikutnya, Baru nak belajar!!!
Lokasi :- Setiu (T'ganu)

Harap korang dapat memberi tunjuk ajar kepada aku yg baru jew nak menjinak-jinakan diri ini dalam bidang ini.. Segala kekurangan dan kesilapan harap boleh berbincang.

Semoga Kita Berjaya!!!


That All. :)

Rindu-rindukanlah Diriku

Assalamualaikum.

Entry kali nie, pasal "R.I.N.D.U".. Rindu pada semua..


Ku Benar-Benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari
Harapan Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria...
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku
Ku Adalah Milikmu
Sayangku Adalah
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu
Di Dalam Nafasmu
Sepanjang Hari-harimu..

Isnin, 4 November 2013

Konvo! Konvo! & Konvo! :)

Assalammualikum!!!

Sebut pasal Konvo sudah tentu mahasiswa/mahasiswi akan seronok. Mahu tidak seronok, setelah bertahun-tahun berhempas pulas dengan kuliah, test paper, kerja kursus individu, kerja berkumpulan, presentation, kuiz, tutorial, tesis dan segala macam lagi, akhirnya pada hari konvokesven telah mengiktiraf mereka yang benar-benar layak untuk bergelar Lepasan PHD, Master, Ijazah Sarjana Muda, dan Diploma. 


Alhamdulilah,Akhirnya dapat Menamatkan Pengajian Diploma Sains Perikanan dengan Jayanya di Universiti Malaysia Terengganu!!!


Apapun.. aku doakan agar lepasan universiti dan yang baru konvo akan terus dapat kerja. Jangan bazirkan usia muda kita dengan begitu sahaja setelah ibu bapa kita telah menghabiskan banyak wang ringgit untuk menanggung pengajian kita.Kerjalah apa-apa pun dahulu asalkan rezeki yang dapat tu halal daripada terus menganggur.

#Doakan Saya dalam Pengajian Sarjana Muda Sains Gunaan (Periakanan) sekarang ini. (2013-2016)

Sekian. Salam Maal Hijrah!!!

Khamis, 26 September 2013

Apa "PERIKANAN" lagi!!!

Assalammualakum!!

tAK jaWAb bERdoasa,Klau JawaB sYG lerr Terr :)

Firstly nak wishhh,, SELAMAT MENJADI BLOGGER semula...hehe.. sudah lama tak update blog ambe nie.. Rindu rasanye..

Tahun 2013 banyak sangat dugaan dan yg Penting REZEKI paling BERnilai pd tahun ini dapat ADIK KEMBAR. seronok sangat2.. n utk masa depan Dapat sambung study...

TAHNIAH!! kepada semua kawan2 yg dapat meneruskan Pengajian ke Peringkat Sarjana Muda.

Finally, Alhamdulilah.. sekarang ambe sudah menjadi STUDENT semula, after berbulan-bulan tinggal berlajar.. Dulu ambe ambil "DIPLOMA PERIKANAN" Now "SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PERIKANAN).. bERSyukur  kepada Allah..

Mesti tertanya-tanyakan kat mana pusat pengajian budak nie kn.. hehe.. taukan Diploma dulu ambe belajar di Universiti Malaysia Terengganu.. sekarang upgrade sikit masuk U, Universiti Malaysia Terengganu jugak.. ambe Syg UMT!!! 

"TEROKAAN SELUAS LAUTAN"

Sekian.

Rabu, 20 Februari 2013

Meniti Suratan Kehidupan

Hari ini 20/2/2013 bersamaan Hari Selasa, admin MUHAMMAD AMIRUL BIN RAZAK, UK24204, PELAJAR DIPLOMA SAINS PERIKANAN di UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. Telah menamatkan pengajian dalam bidang tersebut selama 3 Tahun. So admin akan menjadi salah sorang "Pentanam Anggur" (maksudnya menganggur ler) hehe. Alhamdulilah dan bersyukur sangat-sangat kepada Allah sepanjang belajar di sini bermacam-macam dugaan suka,duka, bersama serta dapat mematangkan diri sendiri. dan akhirnya berjaya juga menamatkan belajar. Alhamdulilah.


Kini bertemu dan berpisah sudah menjadi lumrah hidup dan sebati dalam hidup admin ini. 

Dalam meniti titian kehidupan ini ,
kita perlukan semangat untuk terus melangkah,
Kita perlukan sesuatu untuk menyokong kita,
membisikkan kata semangat,
menemani tika kesedihan,
memberi senyuman tika bahagia,
memimpin tika kegelapan,
Tapi ingatlah tidak ada yang kekal disisi kita
melainkan DIA Yang Satu,
Dalam menyusur setiap arus yang mengalir
usahlah kita berharap hadirnya sesuatu
yang setia untuk memberi apa yang kita perlu,
Bila terasa diri kita lemah dan semangat kita mula hilang,
Pandanglah wajah kita sendiri
kerana ia lebih mengenali
siapa diri kita yang sebenar.

 

Kepada semua kawan,teman,saen,sahabat sekalian, admin ucapkan "TAHNIAH" kepada semua Pelajar DIPLOMA PERIKANAN.  dan Terima Kasih juga kepada semua yang selama ini turut membantu admin sama ada secara langsung or tidak langsung, dan kawan-kawan yang lain berjaya sampai ke tahap ni.

Akhir kata Kita jumpelah lagi ea. huhu. 
Assalammualikum.

Sekian.

"LOVE U ALL"

Rabu, 13 Februari 2013

SURATAN TAKDIR PERPISAHAN


ASSALAMMUALIKUM

mula2 pasang lagu dlu kt atas tu.. bru ada feel nk baca :). Klik kt Lebah 2 ea.. dh dapat baru buley baca.. Selamat Membaca!!!


Persatuan Nelayan Kawasan Rompin…


Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan, mungkin itu berpisah kerana kurang sesuainya, atau berpisah kerana memang sudah takdirnya. perih dan sakit merasuk kejiwa namun ketika hati bijak menerima segala kenyataan yang ada pasti semuanya ok jew.

Tetaplah yakin bahwa apa yang terjadi itulah yang terbaik, jadi jangan pernah berasa sedih kalau berpisah. kerana Allah akan memberikan yang terbaik untukmu. apa yang baik menurut kita belum tentu baik di mata Allah begitu juga sebaliknya.

Rintangan masa depan harus kamu hadapi, Nun di sana kejayaan menanti”

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Tidak usah disesali. Berapa ratus, mungkin ribu atau bahkan jutaan orang yang sejak kita lahir di dunia ini, sekarang mereka tidak ada lagi dalam kehidupan kita. Entah terpisah jarak, atau bahkan kematian.
Salam Perpisahan untuk Semua Pegawai & Kakitangan Persatuan :-

En, Abdul Manaf, En, Zulkifli, En, Che Wan Ghazali, En, Norhisyam, Puan Siti Halimah, Puan Surati, Puan Raja Zainon, Puan Rosnani, Puan Khalijah, En, Ab. Razak, Puan Mas Idayu, En, Ezwan, En, Asrah, Puan Shurayya, En, Samsul, En, Norizan, En, Norazland, En, Hanafi, En, Alif, Puan Aisyah, En. Zolkifli, Puan Sahana, En, Hafidz, Puan Zuraida & Puan Romi Idayu


 Ya Allah, Ya Rahman…kuatkanlah aku, kuatkanlah aku, kuatkanlah aku sesungguhnya aku tidak kuat ya Allah atas pemergian ini. Namun aku tidak sanggup berada di sisinya, aku gembira berada di sisinya tetapi aku sedih atas ‘layanannya’, bertambahlah sedihku untuk meninggalkannya. Semoga Kau akan kurniakan aku sesuatu yang lebih baik..hanya pada-Mu aku berserah, hanya pada-Mu aku memohon pertolongan, sesungguhnya Kaulah zat yang paling menghargai apa yang aku lakukan untuk-Mu ya Allah..:’(
























 TQ atas Hadiah nie.. Termasuk Jambu sekali. :)

Kalau ada sumur diladang,
Buley saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsaAllah pasti kita akan berjumpa lagi.

Sekian,

Muhammad Amirul & Faez
Universiti Malaysia Terengganu
Diploma Perikanan..

Khamis, 17 Januari 2013

Segala Pujian Untuk Allah S.W.T

ASSALAMUALAIKUM w.b.t



SEGALA PUJIAN UNTUK ALLAH S.W.T. SERU SEKELIAN ALAM, HANYA DIA YANG BERHAK MENERIMA PUJIAN DAN SANJUNGAN TERTINGGI.TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH S.W.T. DENGAN KEAGONGAN DAN KEBESARANNYA SERTA HIKMAH DARI ASMANYA DAN SEGALA PUJIAN SERTA SALAWAT DAN SALAM BAGI JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. MOHON KEHADRAT MU YA ALLAH AGAR DI LIMPAHKAN KURNIA, RAHMATMU PADA PARA PARA SAHABAT, AULIA, SOLIHIN SERTA PARA SYUHADA DAN MEREKA YANG MENERUSKAN WARISAN JIHAD ISLAM DI BUMI INI. 

Sebagai muslim yang hendak mencari ridho Allah pujian yang berasal dari mulut orang lain tidak dapat dibandingkan dengan sebagian kecil ridho yang diberikan Allah atas keikhlasan kita kepada-Nya. Sikapilah pujian tersebut dengan bersyukur kepada Allah, jangan merasa berbesar hati atas pujian yang bersifat sementara tersebut. Sadarlah akan nikmatnya yang begitu besar yang belum sempat engkau syukuri sedikitpun dibandingkan diri kita selalu berpikir tentang pujian apa yang akan diberikan orang lain kepada kita. Mengkoreksi diri akan jauh lebih baik daripada mengharapkan pujian orang lain.

SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEREDHAAN DARI ALLAH S.W.T

SEKIAN.
Amirul @ Achik.

Isnin, 19 November 2012

Siap Sedia!!

Assalammualaikum!!!

Hari ini hari pertama Admin menjalankan Latihan Industri bersama kawan baik admin.. Tanggal 19 November 2012 admin, Muhammad Amirul bersama Muhammad Faez melaporkan diri Di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Rompin,Pahang D.M. 

Pengurus Besar En. Abdul Manaf

Kami diberi Cenderahati dari LKIM tersebut.. 

Bilik Kami!! (Muhammad Amirul)


Muhammad Faez


Sebagai tanda Kenangan Kami..


Alhamdulilah,, selesai sudah hari pertama kami,, seharian duduk didalam bilik aircond sampai sejuk beku kami dibuatnya... Bersyukur sangat-sangat dapat Boss yang bergitu baik hati dan sempoii. Kami bekerja hanya 5 hari seminggu, sabtu dan ahad "CUTI" huhuh.. dan segala perancangan mengikut atas kehendak kami.. Kerja yang kami akan lakukan akan di post pada episod yang lain..

"SELAMAT MAJU JAYA"

Sekian.

Rabu, 14 November 2012

1434H

Assalamualaikum w.b.t

Admin ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah yg ke-1434H, Bersyukur kepada Allah kerana telah memberi peluang kepada Admin dan anda semua, untuk terus Hidup di muka bumi ini. marilah kita bersama-sama meningkatkan Amal ibadah kita untuk tahun baru ini. Serta Admin ingin menyeru kepada para pembaca sekalian supaya membuang persengketaan antara kita semua.

" Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu pembantunya dan tentera tenteranya dan juga pertolongan menahan diri dari tuntutan nafsu amarah yang mendorong melakukan kejahatan dan kami mohon rasa sedia dalam usaha mendekatkanku kepada Mu ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. "

Salam Maal Hijrah Semua.. Moga Tahun ini lebih bermakna & Dilimpahkan rezeki berlipat Ganda serta dipermudahkan segala urusan Dunia & Akhirat.. Aminn

 

Isnin, 15 Oktober 2012

$ELOKA DOF# (PART 3) LA$T YEAR!!

Pasangan couple dikelas kami,
Sampai lecture pun boleh tahu,
Amirul faiz & Adawiyah empunya diri,
Biasalah cinta nak bersatu.

Abdul A’ziz empunya nama,
Bekaca mata Harry Potter orangnya,
Abdul Aziz ni lain pula ceritanya,
Sentiasa camera bersamanya.

Dua sahabat sentiasa bersama,
Izzayani & Mimi Najeyha punya cerita,
Bab ketawa serah kat meraka,
Mulut “tembam” gitu katanya.

Muhammad Afiq jejaka sensasi,
Gemuk to kurus tidak dipercayai,
Lain pula dengan si Khairil Azizi,
Pendiam dan selalu menyembunyikan diri.

Budak manja di kelas kami,
Izzah Azis nama diberi,
Seroomate dengan Umairah sekali,
Ditemani dengan dua puteri yang baik hati.

Pratikal Akuakultur hebat sekali,
Humairah & Fadilah jion sekali,
Ternakan pula ikan keli,
Group mereka pula yang menjadi.

Kaki camera panggilah mereka ni,
Hazhizh & Zulkifli empunya diri,
Jangan lupa apek sorang nii,.

mereka semua hebat sekali.

Akmal Ali kaki menyayi,
Suara pun best sekali,
Lain pula dengan si Hafizuddin ni,
Suka sangat buat kerja sendiri.

Orangnya hendsome baik hati,
Bahagian nie Anwar buat sendiri,
Jangan marah terkecil hati,
Hasnizalifah dan Diana orang last sekali.

Tinggal mereka yang telah pergi,
Sentiasa ada di dalam hati,
Nik,Adah dan juga Hamie,
Faizol dan Saiful tidak dilupai.
 


Sakit otak buat seloka,
Diharap tidak tercekik makan,
Aku hanya bergurau sahaja,
Salah dan silap harap dimaafkan

Demikian cerita geng kelas kami,
Kepada yang terkena jangan kecil hati,
Ampun dan maaf saya sudahi,
Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Kepada DOF disebut nama,
Bukan menghina bukan mengata,
Hanya sekadar bahan ketawa
Ingin mengisi ruang yang ada.

Ragam DOF tertera sudah,
Salah dan silap harap dimaafi,
Ini hanya mainan lidah,
Semoga menjadi kekal abadi.

Akhir kata daripada saya,
Assalammualikum saya sudahi,
Salam perpisahan kita semua.
insaAllah panjang umur jumpa lagi.