Selasa, 11 September 2012

DIPLOMA PERIKANAN (PART 1) DOF LAST YEAR!!!

Assalamualaikum w.b.t

/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Semua orang didunia ada sahabat kan?mustahil kita tidak ada sahabat walaupun seorang..Apa makna sahabat?Bagi saya,sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dihati kita.
Tanpa mereka,siapa jugalah kita kan?berikut saya senaraikan sikit antara hadis Nabi SAW berkenaan dengan makna sahabat;
                                                                 




Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)




 "Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."







 "Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Dalam islam sendiri ALLAH menggalakkan kita bersahabat,berteman,berkasih antara kita dan sebab itulah ALLAH menjadikan kita berbilang kaum dan warna kulit agar kita dapat saling kenal dan hormat-menghormati.








Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi?


 Aku ingin meminta dan memohon maaf pada semua.Kalau gambar yg aku ambil ini tidak menyenagkan anda semua,  Entah mengapa rasa dan naluri hati sangat kuat untuk membuat perakuan n permohonan ini. Mungkin ini jalannya……

Atas segala kata-kata ‘belakang’ atau umpatan, pada mana-mana pihak yang terkesan secara langsung serta pihak yang ‘menambah perisa’ secara tak langsung…. AKU JUA MEMOHON MAAF. Kerana kelemahan perwatakan aku, aku akuinya….

Atas segala penulisan di blog ini sejak ianya mula tertulis sehingga post ini dinukilkan, bagi mana-mana pihak yang terkesan, terasa, sensitif atau tersentap serta apa jua sinonimnya, AKU MINTA MAAF. Ianya hanya sekadar satu tulisan dan gambar untuk berkongsi dan meluah rasa, tidak sesekali untuk mencipta permusuhan.

sambungan part 2 akan kembali untuk pelajar laen!!!

Sekian,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan